. Jangan lupa untuk membawa
anda apabila pergi berjumpa doktor di klinik CHAS. Untuk mengetahui tentang faedah-faedahnya, sila klik
.
Faedah-faedahnya adalah seperti berikut:
Rawatan Yang Bersubsidi |
Jumlah Subsidi |
---|
Penyakit-penyakit biasa | Subsidi sehingga $28.50 untuk setiap lawatan |
---|
Penyakit kronik yang tergolong dalam CDMP1 | Tidak Rumit2 | Subsidi sehingga $90 untuk setiap lawatan, dihadkan $360 setahun |
---|
Rumit2 | Subsidi sehingga $135 untuk setiap lawatan, dihadkan $540 setahun |
---|
Perkhidmatan pergigian tertentu | Subsidi $21 hingga $266.50 untuk setiap prosedur (bergantung kepada prosedur) |
---|
Pemeriksaan Kesihatan yang disyorkan di bawah program Pemeriksaan
Kesihatan Demi Kehidupan3 | Dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan3, tiada bayaran yang dikenakan bagi ujian pemeriksaan yang disyorkan dan konsultasi pertama selepas pemeriksaan. |
---|
1 Ini adalah penyakit Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Gangguan Lipid, Angin Ahmar, Semput, Penyakit Gangguan Pulmonari Kronik (COPD), Kemurungan Serius, Skizofrenia, Demensia, Gangguan Bipolar, Osteoartritis, Hiperplasia Prostat Yang Tidak Berbahaya, Keresahan, Penyakit Parkinson dan Nephritis/Nefrosis.
2 “Tidak Rumit” merujuk kepada lawatan ke klinik untuk satu jenis penyakit kronik. “Rumit” merujuk kepada lawatan ke klinik untuk beberapa jenis penyakit kronik atau satu jenis penyakit kronik yang rumit.
3 Untuk pemeriksaan kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, barah kolorektum dan barah pangkal rahim.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CHAS dan untuk maklumat terkini, sila klik