Pemerintah telah memperkenalkan Pakej Generasi Perintis untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada anggota generasi perintis kita atas kerja keras dan dedikasi mereka. Mereka telah membangunkan Singapura sehingga menjadi seperti sekarang. Sekitar 450,000 rakyat Singapura akan mendapat manfaat daripada Pakej Generasi Perintis ini.
Pakej ini akan membantu anggota generasi Perintis dalam kos penjagaan kesihatan mereka untuk seumur hidup.
Anggota generasi Perintis akan menerima subsidi tambahan bagi perkhidmatan dan ubat-ubatan bersubsidi sekarang di poliklinik & Klinik Pakar Pesakit Luar.
Nikmati subsidi-subsidi di klinik swasta dan klinik pergigian yang menyertai CHAS.
Bantuan untuk Premium MediShield Hayat semua anggota generasi Perintis dengan subsidi premium khas dan tokokan MediSave.
Semua anggota generasi Perintis akan membayar jumlah premium MediShield Hayat yang lebih rendah berbanding dengan premium sekarang.